Shylla Rose: Toy 'r' Us for kids or parents?

May 6, 2019

Toy 'r' Us for kids or parents?

Assalamualaikum semua.

Kali ni nk tulis pasal toy r us. Korang yg dah ada anak dh terjebak ke belum? hehee. Shila terjebak sejak dapat anak la. Mula lalu lalang je kt depan. Sambil fikir apa yg bagus dgn toy r us ni. Shila ingt kedai toys beshe-beshe je. So sokmo lalu pandang sebelah mata je lah. Sekali dh terjebak... haaa shila sndri yg kena elak lalu sana... bukannya nuhan (my son) yg perlu dielakkan. But klau jalan dgn ayah nuhan its still okay. Hahaha sebab dia x bg masuk kedai ni. Hakhakk.

Macam mana shila blh terjebak??
Alkisahnya mcm ni... SIL shila yg sllu cerita pasal kualiti2 toys kt sini. Kebanyakkan toys anak dia semua berasal dari toy r us. Dari segi kekukuhan, battery, bunyi, safety semua tip top. Toys dr sini biasanya include dgn battery. And berdasarkan pengalaman shila sendiri mmg betul. Battery dia mmg tahan bertahun. Kalau toys dr kedai lain biasanya sllu kne tukar battery. Kalau baling pon agak susah utk pecah. Sbb plastik yg digunakan sgtlah berkualiti tinggi. Toys yg ada sound pon bunyi dia smooth la. Faham tak maksud shila? Hahaha. Ada 2 3 toys nuhan yg guna battery penah kne rendam dalam air tp bila keringkan still berbunyi.

So, shila pon terjebak la. Dah join member siap2. Sbb kalau jd member blh kumpul point and redeem. Satu lg, kalau bday anak akan dpt diskaun. Toy r us mmg sllu buat promotion. Kadang2 yg harga RM100-RM200 blh dpt half price tau. Setakat ni toys yg paling mahal shila penah beli harga RM175. Tp mmg puas hati. Sesuai la dgn harga dia. Walaupun masa bayar sis menangis dlm hati. Hahaha. Demi menggembirakan anak. Haiiii~

Shila beli jgk toys yg murah2... tp mmg cepat rosak. Tak semua mainan murah tu x berkualiti. Ada jgk mainan murah yg masih tahan bertahun. Tp yg x pakai battery la. So, shila nasihatkan kalau nk beli toys tgk kualiti dia mcm mna. Kalau shila, shila suka tgk ketahanan toys tu. Plastik yg dia guna tebal ke nipis. Kalau tebal shila beli je even murah. Heheee. Nuhan tak kisah pon toys dia beli kt mne. Shila je yg beria nk beli kt toy r us sbb suka kualiti dia. Shila sakit hati kalau beli toys pstu baru main kejap dh rosak. Membazir dan stress wehhh. Setakat ni toy r us tak mengecewakan shila lah.

Satu lagi, shila jarang sgt belikan nuhan toys. Nuhan pon tak mintak. Kadang masuk kedai toys, nuhan tgk2 je tak mintak pon. Kalau dia nak tp shila ckp no dia still ok. Sebab dh sllu permintaan di reject kot. So far, alhamdulillah nuhan tak mengamuk even tak dpt apa yg dia nak. Sbb tu klau sekali beli tu shila suka beli yg berkualiti. Kadang2 kalau berbulan nuhan xde toys baru... shila beli la ikut kehendak dia.

Next entry nak cerita cara shila dan husband didik nuhan lah. Ke pasal skin care ??

Kbye.

No comments:

Post a Comment

Shylla Rose . Designed by MaiGraphicDesign