Shylla Rose: April 2019

Apr 30, 2019

BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI KEMATIAN

Assalamualaikum.

Lama sgt tak menulis di blog ni. Sampai lupa tujuan asal tulis blog. Mula2 dlu tulis konon nk jd blogger femes yang blh buat income. Tp shila tak kreatif mengarang ayat. Heee. Tapi rasanya tujuan skrg just nak tulis apa yg shila rasa dan fikir utk dijadikan kenangan masa hadapan. Atau dijadikan bahan bacaan utk suami tercinta, anak tersayang dan ahli keluarga yg dirindui selalu.

Kali ni shila nk tulis tentang KEMATIAN. Baru2 ni shila dikejutkan dengan khabar berita sedih. Ayah kepada pelajar shila meninggal dunia disebabkan kemalangan. Berita ni sangat mengejutkan kami warga sekolah. Sebab arwah selalu sgt dtg sklh makan dengan anak2. Arwah juga org yg rapat dengan cikgu2 sekolah sbb arwah merupakan coach utk team bola tampar kami. Setiap hari jumaat mmg dia akan solat Jumaat di masjid sekolah kami dan terus lunch dgn anak2nya.

Tak sangka jumaat yang lalu merupakan jumaat terakhir arwah. Bertuahnya dia pergi hari yang mulia ni. Arwah meninggal di tempat kejadian dan memakai jubah putih. Semoga anak2 arwah yg merupakan pelajar shila tabah meneruskan kehidupan. Semoga isterinya juga kuat menghadapi dugaan.

Dalam minggu yang sama juga shila baru dapat tahu bahawa senior shila (kak saadah) masa di USIM dulu turut kehilangan suaminya disebabkan kemalangan pada Februari yang lalu. Shila turut rasa sedih bila membaca status2 kak saadah. Sejak shila dgr 2 kabar sedih ni, shila asyik terfikir pasal kematian. Tak sanggup rasanya nk hadapi situasi kehilangan suami. Dan tak sanggup jgk kalau shila yg pergi dlu. Macam2 shila fikir sampai mengalir air mata. Tp hati ni pujuk sendiri.. Allah tak suka hambanya bersedih berlebihan tentang peristiwa yang belum berlaku dan yang dh berlaku. Shila selalu amalkan doa ni.


Cuma shila terfikir bersediakah shila nk mengadapa Ilahi?
Kalau shila pergi dlu, shila taknk suami/nuhan sedih. Jadi kalau shila pergi dengan husnul khatimah mst suami akan lapang dada :')

Ya Allah, bimbinglah aku utk jadi hamba Mu yg beriman. Yang mengawalkan ibadahMu, yang rajin melakukan amalan sunnat, bersedekah, menjaga hubungan dengan manusia dan semua makhlukMu. Semoga amalan2 baik ini menjadi asbab utk ku ke syurga. Semoga aku dapat ke syurga bersama suami, anak2 dan ahli keluarga yang lain. Kau berikan aku kekuatan dan kesungguhan utk berterusan melakukan ibadah2 Ya Allah. Bimbing aku ya Allah supaya sentiasa solat di awal waktu ya Allah. Bantu aku ya Allah. Kau perkenankanlah doaku ini ya Allah. Aammin Ya Rabbal Alamin.
Shylla Rose . Designed by MaiGraphicDesign